Monday, December 27, 2010

menangis

sebelum saya tdo..tetibe terlintas satu tajuk yang ingin sy coretkan disini..
tajuknya begitu sadis..huu
tp sume nie normal bg kita sume sebagai manusia



saya menangis kerana terlalu sedih....,ada juga saya menangis kerana terlalu gembira ...kadang-kadang saya menangis juga kerana terlalu sakit.....banyak sebab untuk saya menangis dan juga tiada sebab wanita  macam saya tak boleh menangis...

Sejak mula-mula saya melihat dunia ni pun saya dah menangis....sampai sekarang entah berapa kali saya menangis pun,saya tidak tahu.....mungkin belum tau  kira lagi masa tu....hu..hu..huu :( 


Mengapa kita menangis dan bersedih?

Apakah kerana kita ini kurang pandai dalam mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan pada kita?
Apakah kita menangis kerana ragu pada kuasa Allah?
Apakah kita menangis kerana merasa tak sanggup menghadapi cobaan hidup?
Apakah kita menangis kerana  merasa Allah terlalu berat menguji kita?
Apakah kita merasa Allah itu tidak adil terhadap kita?

Bukankah Allah telah menjanjikan surgaNya bagi setiap hambaNya yang mampu melewati ujian hidup di dunia ini dengan baik?

Menangis atau bersedih bukanlah sesuatu yang hina, bergantung mengapa kita menangis. Menangislah jika itu mengingatkan kita pada Tuhan.
Menangislah jika itu membuat kita sedar bahawa kita ini benar-benar  makhluk yang lemah. Menangislah jika itu membuat kita sedar begitu banyak dosa-dosa kita selama ini .

“Maka mereka sedikit tertawa dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”. (QS At Taubah: 82).

Sesungguhnya,  salah satu fungsi diciptakan air mata diantaranya adalah dapat meringankan beban kita dan membuat kita bahagia. Itu menangis bahagia namanya.

No comments:

Post a Comment