Sunday, September 18, 2011

ya Allahh..terima kasih ya Allah..indahh nyeeeeeeeeeeee

as salam sume...ahhh chumm..adui2..dah berhabuk dah rupenye blogku ini..yela..dah lame bebenor cek tak jengukk halaman rumah laman sesawangku nie.hehhee...jgn marah erk..
=)
btw. bella nak cerita pengalaman palinggggggggggg beshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sgt3 yg terjadi pada jam 3 petang till 8 malam iaitu bertarikh 18/9/2011,  ..huu...nak tau event apa yg terjadi rini???jeng3..
=D
wahh...mukeku skrang dah mmg senyum sampai ke telinga..Subhanaallahh,..takleh nak gambarkan betapa gembira bella bila dapat jumpe adik2, dan akak2 sekalian yg selama ni berada di medan perjuangan yg sama.
okok,,.mesti korang sume tertanya2 apa event tu kan???event yg bella pegi nie bukan la gala nite ke, majlis akhir taun ke ape,,tapi ini adalah majlis ilmu di samping merapatkan dan membina ukhwah baru bersama saudara2 islam sekalian...hari ni merupakan hari bersejarah dalam idup bella bile dapat bersama sama join usrah yang dihadiri oleh adik2 dari Darul Quran dan juga naqibah2 yang tidak henti2 berkongsi ilmu bersama kami semua...( awat tulisan nampak cam ade ayak "air" nii..huhu..)uuu..tetibe touching lakk...hehe. tetibe rasa bersyukurrrrr sgt sbb Allah bagi bella kesempatan ini bersama rakan2 bella yg bella yakin rakan2 ini yg akan mengingatkan bella ketika alpa dengan nikmat dunia..dan rakan2 ini juga berkongsi byk ilmu yg buleh bella gunakan tuk tarik rakan2 len tuk bersama bella..

ok, kalau nak crita detail time event nie, rasanya 100 helai muke surat pun tak abih lagi...so bella cite skit2 dah la ye...
petang itu, hujan renyai2..katak2 sekalian bersahut sahutan..namun itu tidak menjd penghalang untuk kami sampai ke destinansi yg satu...nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan???...
majlis kami dimulai dengan aktiviti takruf bersama2 rakan2 usrah dari Darul Quran..kemudian,seorang akhawat yang berpangkat adik, sbb dia muda setahun dari bella, memulakan majlis dengan sedikit tazkirah...Subhanaallah, umur tidak menjadi penghalang untuk berada di depan memberi tazkirah kepada kami...sungguh banyak ilmu yg bella belajar daripada seorang adik yg bernama Syafikah.tazkirah yg diberikan oleh adik berkaitan dengan seorang sahabat..apa itu sahabat yg sebenar2nya sahabat ( sahabat bek)???ya, sahabat bek adalah rakan yang boleh ngam, kamcing dengan kita..tp adakah sahabat itu buleh membawa kita ke syurga??adakah kita bersahabat KERANA Allah???bagaimana sahabat yg dikatakan bersahabat KERANA Allah??? sahabat kerana Allahh bermakna kita bersahabat dengannya untuk bersama sama menuju matlamat utama kita iaitu, mendapat keberkatan dari Allah dan mendapat kesenangan di akhirat kelak? analogi yang buleh bella huraikan adalah apabila sahabat kita menghampiri api neraka, kitalah yang menarik nya daripada masuk kedalam neraka jahanam itu..oleh itu, sentiasalah kita menasihati sahabat kita jika dia membuat sesuatu perkara yang buleh mengundang dosa, melakukan perkara yang buleh merosakkan hati..kerna hati kitalah yang menandakan kita ini sama ada baik atau sebaliknya..dan  sebenarnya ITULAH SAHABAT YANG DIKATAKAN berSAHABAT KERANA ALLAH TAALA...(pada ketika itu, bella tunduk dan muhasabah sebentar, dan terkenang  wajah2 rakan2ku yg pernah singgah dalam idup ini..)

antara salah satu kemanisan iman adalah apabila kita menyayangi orang lain lebih dari diri kita sendri,,

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)


oleh itu, jadilah sahabat yang bersahabat kerana Allah..bukan kerna paras rupanya, bukan kerana hartanya, bukan kerana popularitinya...


kawan2 sekalian, marilah kita bersahabat kerana Allah, dan bersama2 mengajak mereka mencari redha Allah...bukan susah pun adik2, akak, kawan2 sekalian.. cuma perlu betulkan kompas (betulkan niat) dengan menanam niat bersahabat kerana Allah..dan dengan itu, anda semua akan berasaaa tenanggggggggggg, gembiraaaaaaaaaaa...dan rasa dihargaiii selalu...huhu....


okla..dah penat sgt2 nie..t bella sambung lagi( tunggula 2 3 bulan nanti, hupdate la entry baru,,..hehhee..)..


ok..ukhwah fillah abadan abada...as salam..=)


p/s kek nie mmg totally beshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...wuwuuwuwuw.^_^

Saturday, June 25, 2011

tengah hari yg penuh hikmah...

as salamm...begitu indah sekali hari ini...lagi indah, apabila sesuatu perkara yang memberi bella hikmah dan pengajaran yang sgt berkesan pada diri ini...
pada hari ini, bella bertanyakan suatu soalan kepada abah berkaitan keluhan jiwa ini..
bella : abah, kenapa org susah nak hargai org lain..adakah manusia dicipta tuk tidak menghargai org lain?
abah: b nak dgr cerita dok??
pada suatu hari, seorng anak bergaduh besar dgn ibunya..lalu ibu tersebut telah menghalau anaknya keluar dr umh..anak yg keluar dgn sehelai sepinggang itu pun nekad keluar dari umh itu...
langkah demi langkah, membuatkan anak muda ini berasa lapar...di hujung matanya, ternampak satu kedai makan yang membuatkan dia makin lapar..tp dia tak ada duit nak makan..jd dia cuma boleh berdiri dan tgk je makanan dari jauh..
tuan kedai tgkkk je si pemuda ni..hatinya berbisik.."haiii,.dah lama dah budak nie berdiri..nak makan ke? sakit ke?? .."
lalu tuan kedai ni pun, ajak dia makan..
makan la si pemuda ini dgn lahapnya...
sambil makan, dia menangis teresak2...
lalu tuan kedai tu bertanya..
" wahai anak muda,, kenapa kamu menangis nie...kan saya dah bgi makan kepada kamu..kenapa kamu masih bersedey org muda?.."
pemuda itu menjawab.." saya menangis kerna tuan baek kepada saya..tuan tak kenal sy, namun tuan bagi makan kepada saya dgn makanan yng lazat..begitu terharu sy apabila di layan sebegini baik..terima ksih tuan.."
lalu si tuan kedai ini pun berkata...
" hai anak muda..aku baru pertama kali memberi kamu makan, padahal ibumu di rumah memberi kamu makan sejak kamu kecil lagi...ibumu lagi berjasa daripada ku, anak muda..."
tersentap hatinya apabila mendgr kata2 tuan kedai itu..lalu, bergegasla si anak muda ni makan dan blik umh cepat2...
setelah sampai dirumah,,..dia memanggil ibunya..
" ibuuu..ibuuu..."
lalu ibunya keluar dari umah, dan terus memeluk anaknya,.,..anaknya meminta maaf dari ibunya..
lalu si ibu berkata..." hai anakku..kemana kamu pergi , lama ibu tunggu..ibu dah siapkan makanan kegemaranmu...jom kita makan bersama-sama..."
-tamat-
(T_T)

moral of the story, kita kadang2 lupa bahawa perkara yang hari - hari kta dapat, sebenarnya adalah perkara yang penting dan perlu dihargai selalu...contohnya..ibu kita bg kita makan, kita tak pernah hargaii..sbb kita rasa perkara tu perkara rutin..sdngkan kalau org lain bg, kita rasa bertuahhh sgtt..padahal bru sekjap pertemuan kita dgnnya...kita dah rasa dia tu dah segalanya2nya bg kita, dan lupakan org yg sudah lama kita kenal..
manusia itu selalu alpa, jd jgn kita pula mudah menjd alpa dan lupa tuk hargai org di sekeliling kita,,la tahzan anakkku..jgn bersedey...kita juga jgn merasa kerna kejayaan org lain adalah kerana jasa kita.,malanglah jika mereka berasa demikian.
beruntunglah mereka jika mereka merasa kejayaannya adalah kerna org lain..jadi, hargailah org di sekeliling kita..
tq abah..mulai skrng, b akan hargai sume org di sekeliling b...b syg family, syg kawan2..syg sume..tq abah..=)

balqis, jadi muslimah sejati k..=)

Friday, June 3, 2011

sedang di uji...

ya Allah, sesungguhnya aku sedang bersedih hati,.hilangkan rasa gundah ini.. Engkau tetapkanlah hatiku ini..jgnlah Engkau bolak balikkan hatiku dan juga hatinya....ya  Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui....hilangkanlah ya Allah..hilangkanlah kesedihan ini ya Allah..ya Allah..khabarkan berita gembira untuk menghilangkan kesedihan ini ya Allah.sesungguhnya ak sabar menunggu untuk hari esokku..biar manis di hari esokku walaupun skrng duka sedang mengiringiku.
amin ya rabbal'alamin...

p/s = sedang mengikat reben tuk 3000 penanda buku yang bakal diedarkan lusa nanti..0_o

Thursday, April 28, 2011

Kerna Allah punya rencanaNya tersendiri...

as salam kepada semua yang sudi melawat blog bella...
alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan diberi peluang tuk menjalani kehidupan di dunia ini walaupun diberi sedikit ujian dan ditarik sedikit nikmat kesihatan..itu membuat kita perlu selalu  bersyukur dgn nikmat yg ada sebelum Allah menariknya...=)

setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita seharian adalah ketentuan dari Allah s.w.t..kita merancang yang terbaik tuk kita, namun Allah tidak menunaikan apa yang kita rancang sbb Allah tau mana yang terbaik tuk kita...kadang2 kita mahupun rama-rama, namun kita diberi ulat beluncas tanpa kita berfikir bahawa ulat beluncas itu kelak akan menjadi rama-rama juga...



 jalan yang kita pilih itu, merupakan jalan yang kita rasakan adalah yang terbaik untuk kita...dalam perjalanan menuju ke destinasi yang diinginkan itu, Allah menguji kita berbagai2 halangan supaya kita menjadi lebih kuat fizikal dan mental dan menjadikan kita mujahid atau mujahidin yang disegani...


wahai kaki, melangkahlah engkau ke jalan yang diberkati oleh Allah..wahai kaki, jgnlah engkau berjalan di jalan yang penuh dengan simpang, sedangkan jalan yang lurus sedang menanti, wahai kaki, jalanlah dikau dijalan yang kesemua mujahid atau mujahidin impikan..iaitu jalan yang kita mahukan..jalan menuju ke syurga Allah...

jadilah seperti rumput..tak mati dek pijak...walaupun dipijak2..namun, dia masih lagi kuat dan sempat pula  menyebarkan kemuncuknya kepada si pemijak...akhirnya, rumput len pula yg tumbuh dikawasan lain...meramaikan lagi ahlinya...meramaikan lagi jemaahnya..

wahai hati, wahai Pemilik hatiku, jgnla Engkau bolak balikkan hati2 kami ini..jadikan kami kuat dengan cubaan ini..syurga itu mahal..maka barang yang mahal,  banyaklah pengorbanannya..kuatkan pendirianku, Ya Rabbi...



Friday, April 22, 2011

kenapa susah sgt....

=(
=(
=(
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...seriuss sedeyy gila bila tgk soklan biotech tadii..GILAAAAAAAAAAAAAAAA SUSAHHHHHHHHHH...hurmm..sedeynyeeeeeeeeeeeeeeeee...
ya Allah..tabahkan hatiku ya Allah..kuatkan ku kembaliii....T_Tseriously, dah demam da..pening kepala teramattt...mama abah,,takut nyeeeeeeeeeeeee....nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk







Thursday, April 21, 2011

pengorbanan lagi...=)

as salam sume kawan2..
jam menunjukkan kul 8.15 pagi, belum tdo lagi dari pukul 3 pg tadi.nak cover subjekk punya pasal..yela.subjek paling I SUKEE SGT2 NIEE KANN, BIOTECHNOLOGY..hehhe..ptg nie exam, kat PC...doakannnnnnn...
cakap sal pengorbanan nie, byk pengorbanan yang bella buat tuk cuti 4 bulan nie..bella terpaksa mengorbankan CUTI YANG SGT BERHARGA tu dengan berbakti tuk bangsa dan negara..ce wahh..hehe..takla, actually bella ade tanggungjawab kat u nie..kenela pikul amanah org nie..huu..pepepun..doakan bella exm petang nie..k la..nak sambung study..@_@

Monday, April 18, 2011

sanah helwa nabilah yusofff!!

fuhhh fuhh fuhhh...nie bukan tiup lilin..tp tiup habuk kat blog nie..
hehe..
as salam kepada semua penghuni2 di alam maya nie..pertama sekali, bella nak ucap SANAH HELWA/SELAMAT HARI LAHIR pada diri yg kerdil ini, Nabilah Yusof pada hari ini,  19 APRIL 1990..now, korunk bleh amik kalkulator, dan minus tahun sekarang dan tahun bella lahir, korunk tau la brapa umur cek..hehhe..jgn "+" lak..GUNAKAN SIMBOL "-" OK?hehhe
pada malam yang dingin ini, bella mahu mengucapkan syukur ya Allah, Alhamdulillah..masih dipinjamkan nafas dan jasad yang bukan sekali milikku namun ini sume adalah pinjaman dariMU ya Rabbi...tika dahulunya, masih dibuai angan-angan, masih berfikir kemanakah hala tujuku di duniaMu ini, namun setelah hari berganti hari, masa berganti masa, ku sedar bahawa matlamatku sudah berada di hadapan disamping mencari  bersama-sama bekal untuk di akhirat kelak.moga urusanku di dunia ini dipermudahkan Ya Allah..luruskan juga perkataan ku ya Allah dalam melakukan apa jua perkara berkaitan dunia dan akhirat. moga diri ini sentiasa berada di bawah lindunganMu ya Allah..jadikanlah diriku ini golongan kananMu ya Allah..jadikanlah diri ini tidak leka dengan nikmat duniaMu Ya Allah..jadikanlah diriku ini seorang yang dapat berkhidmat kepada kedua ibu bapanya..jadikanlah diriku ini seorang kakak dan adik yang menjadi contoh dalam keluargaku...jadikanlah diriku ini seorang yang taat kepada suaminya..kurniakanlah pada diriku seorang zaujan yg dapat membimbingku ya Allah..kurniakanlah padaku sebuah keluarga baitul muslim yang diimpi impikan oleh mujahid dan mujahidin sekalian..ya Allah, panjangkanlah umurku supaya dapatku merasa nikmat2 dunia itu ya Allah..begitu banyak permintaanku Ya Allah..namun ku tahu ya Allah, Engkau tidak akan mensia siakan hambaMu yang mengadu kepadaMU.kerna Engkaulah Pencintaku yang sebenar benarnya..
kadang-kadang, terfikir juga,bagaimanakah jika pada tahun hadapan, tidak sempat lagi tuk bela merasa nikmat menyambut hari lahir seperti sekarang? andai Engkau mahu mengambilku sebelum kesemua impianku tidak tertunai, maka aku redha Ya Allah..Allah, jadikanlah aku orang yang menangisi dosa2 yang telah dilakukan..jadikanlah aku golongan yang bersyukur..amin ya rabbi aminn...

=)...

nie serba sedikit hadiah yang bella dapat tuk bday bella.=)..



kek dari lala(my roomate)..lala pun bg frame gamba.tp tak snap g frame tuh..huu


thanks to uncle n auntie blanje nie..=)

thanks to auntie ku salina..=)

thanks fa..=)

thanks fa..t kak bell peluk ye..=)

thanks..akanku gunakan sebaik mungkin..



Thursday, March 31, 2011

Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a...

as salam...lama tak update blog..=)
kawan2, tau tak apa maksud ayat Al-quran di atas??
itu adalah ayat kursi yang membawa maksud " Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.."
bila baca ayat nie, bella kembali kuat..dan cubaan Allah ini ada hikmah di sebaliknya..Ya Allah, tetapkan pendirianku..jgnlah Engkau campakkan sesuatu yg tidak baik di dalam hatiku ini..jadikan rinduku hanya padaMu ya Allah...ya Allah..ampunkan dosa ku ya Allah..ampunkan dosa kedua ibu bapaku ya Allah.ampunkan dosa rakan2 kaum muslimin muslimat sekalian...amin..

Sunday, February 27, 2011

zaujanku..dimana engkau...

As salam u allss sumee..
sihat???bella? bella sihat kut..huu
neway, bella ade nak borak sal ZAUJAN ku yg bella sendiri tak tau siapakah gerangannya..hanya Allah yg maha mengetahui siapakah gerangan pemuda itu..
bella mau share satu puisi tuk korang hayati sume..ok??
bacalah..

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi wanita solehah
pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar
bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok
berhati-hatilah meluruskannya
pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita
perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi lelaki soleh...amin...

satu lagi puisi yg membuatkan hati bella tersentuh..begitu dalam maksudnya..puisi ini bella copy dari blogger yang tidak dikenali..namun, puisinya menceritakan kisah benar hidupnya dan bella nak sgt kawan2 baca puisi indah yang dikarang sendiri oleh saudara blogger nie.renung2kan..=D




Pa
bella tunggu zaujanku yg tak tau siapakah org itu..
ok..cau..As salam..

p/s : rindu sgt2 kat balqisssssssssssss

Walaupun serba salah....
Tetapi saya tetap bertegas
untuk menghantar massege kepadanya....
Lalu button Telefon Sony Ericsson
Model Walkman W200i ditekan
------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum....

Buat Awak yang sentiasa dirahmati Allah...

Awak,bukan saya tidak mahu memandang wajah awak...
tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak ...
tp saya selalu tersenyum didalam hati ...
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari ...

Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak ...
tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti ...
saya tak perlu bertanyakanya ...
dan saya sentiasa merasainya..di hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak ...
tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya ...
tika mana saya dan awak 'bukan' lg 'Saya’ dan 'Awak'..
di hari2 yg pasti...
Bukan saya tidak mahu chatting dgn awak ...
tapi saya takut jari2 ini tidak diizinkan lagi ...
untuk membelai rambut awak,dihari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu mesej dgn awak ...
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti ...
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi ...
yg diidam2kan oleh semua insani...

Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak ...
tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lagi ...
memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak ...
Tapi saya bimbang senyuman ini pudar dan layu ...
Di hari2 yang pasti ...

Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah ...
Untuk hari jadi awak ...
Tp saya bimbang hadiah itu adalah terakhir ...
Dari saya untuk awak..tidak lagi
Dihari2 yang pasti...
Awak yakinlah,percayalah...
Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak,
Tetapi rindu tika ini tidak akan
Membawa kepada rindu saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai Awak ...
Tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga
Membawa kepada cinta saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...
Saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati ...
Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI..

Awak,Tunggulah sebentar hari2 yang pasti ...
Tika itu,andai saya jatuh,awak menghulurkan tangan
Untuk memberi saya harapan ....
Tika saya kesedihan awak bersedia ...
Untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,

Tika saya berseorangan awaklah teman ...
Tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan ...
Tika itu,saya dan awak..bukan lah 'saya’ dan ‘awak'lagi...
Kerana..ia adalah hari2 yang pasti ...
Berdoalah untuk hari2 yang pasti ...
Hari2 yang pasti bagi mereka yang ...
Menyandarkan harapan pada jalan kebenaran ...
Dan itulah jalan yang telah islam berikan ...

-Selamat Malam Awak-

Moga kita dipertemukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti...
Handset ditutup.....
Alhamdulillah,dapat jugak ku meluahkan
segala perasaanku melalui massege tadi,
Dengan pengorbanan yang kubuat,
Kuharap Allah akan menghadiahkank




Friday, February 25, 2011

tetibe saya nak g jalan2..teringat kat muka diaa..

As salam sumee..
apa habaq org kampung sumee,..???sihat kaa???awat cek speaking kedah niee..aduii...hehehe
okok.dah2..bellaa..cut it off..
malam nie bella ade test..kawan2 ku sekalian..doa2kan lah saya leh jawab nye exam nie..weeeee..
nie ngah release tension..tetibe teringat nak g jalan2..bile ingt nak g jalan2, teringat kat budak nie sorang..
namenye PUTERI AIFA YUSRA..haa.sape dak niee..jeng3...heee..nie junior bella..
fa, miss u laahh..neway.meh nak tunjuk siapakah gerangan puteri dari kayangan nie..




aifa yusra..mishie u..

time sambut bday aifa..
k nak study lakk..tata titi tuttt tutt..
As salam

Monday, February 21, 2011

Saya hanya pokok semalu itu..

As salam kawan2...
huu..apa erk entry bella tuk hari nie??? nak baca takkk??..huhu..okok2..rilek2..
skrang bella nak share something pasal tumbuh-tumbuhan yang Allah cipta tuk kita supaya kita jadikan ia teladan dalam kehidupan kita seharian.jomm kita  baca coretan yang ditulis oleh seorang hamba Allah ni (seorg kawan blogger) berkenaan pokok semalu dan bunga mawar..setelah membaca coretannya, bella rasa, bella nk jadi cam  pokok semalu la, bukan mawar berduri..kecantikkanku hanya yg terpilih sahaja  yg dpt melihatnya...kisah lama jadikan tauladan..kosong2..sume itu dah terpadam..Alhamdulillah, dah dapat semangat baru. nie dia bella yg baru sampai..huhu, bak kata kakakku, jual mahall..kalau boleh semahal mahalnya..takut tak kawin???haa, jgn kata camtu Allah telah menetapkan siapa jodoh, ajal maut kita....jika kita meletakkan sesuatu itu kerna Allah, maka Allah akan permudahkan urusan kita..huu..thank you Kak ngah..sbb selalu bimbing adikmu ini..syukur sgt2....dah, byk plak merapu..jom baca

di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu..
ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri... sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi,
dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya...amin..(^_^)



apa perbezaan tu?



Mawar
 ~ sebuah pohon bunga indah.. keindahannya menarik mata manusia.. juga makhluk lain yang dicipta-Nya.. begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya.. mawar punyai batang berduri.. sungguh sukar untuk menyentuhnya.. tetapi keindahannya lebih menarik hati.. maka berlumbalah orang memetik dirinya.. namun benda yang indah.. sudah pasti akan mengusik hati sendiri.. bahawa aku ini indah.. maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..








pohon semalu
 ~ sebuah pohon yang adanya batang dan daun.. tiada pun keindahan padanya menarik perhatian.. berada di celahan lalang dan daunan.. begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan.. namun perasankah kita, apabila menyentuhnya, dia akan terus menyembunyikan dirinya. begitu tinggi nilainya. hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya..






namun perasankah kita, pohon semalu ada keindahanya. kerana dia juga ada bunganya. namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..(^_^)


hayatilah sebaiknya..
dunia kini sudah berbeza. wanita yang indah semakin ramai. wanita sebegini memang mahal dirinya, sukar untuk didekati andai tiada cara..


apabila cara mengena diri, maka tunduklah wanita.itulah ia mawar berduri. walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..


tetapi... wanita solehah, adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya. tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai, menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui..


wanita solehah.. akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam, sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya. maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah..


wanita solehah.. apabila sudah memiliki suaminya, maka setialah ia kepada suaminya. disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya..


itulah pohon semalu. hanya kelihatan daun dan batang berduri, tiada satu pun indah untuk melihatnya. namun apabila tiba masanya, ia bisa mengeluarkan bunga yang selama ini disembunyikan. subhanallah..wallahua'lam..


dr pena hati irtihaly:
..::dalam hati ada taman, taman bunga semalu (^_^) mne nak cari?? bukan pada seorang gadis yg 'solehah'nya hanya pada kad pengenalan bernama SOLEHAH semata2, tp yg terukir terpahat pd aqidah, akhlaq & muamalahnya juga ada 'cop' SOLEHAH! mata yg bsuluh cahaya iman shj akan dapat detect 'hologram' tulen SOLEHAH itu::..



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...









Saturday, February 19, 2011

Sebagai pemanis bicara..

TAKBIRR...ALLAHHUAKHBAR!!!

TAKBIRR...ALLAHHUAKHBAR!!! TAKBIRR...ALLAHHUAKHBAR !!! TAKBIRR...ALLAHHUAKHBAR!!!
As salamm..
sihat sumenya..?
kenapa bella tetibe bertakbir di awal coretan ini??
jawapanya kerna kata2 tuh masih lagi ternyiang nyiang kat telinga nie..actually, semalam bella n kawan2  join satu perhimpunan tuk  mendengar pidato2 calon yg akan bertanding tuk pilihanraya kampas, eh kampas lak,,kampusa laa..(=P) yg akan berlangsung isnin nie ( 21 feb 2011)...itu pengalaman pertamaku melibatkan diri dalam gerakan politik kampus..dlu sem 2, tak rasa sgt bahangnya,,tapi sem nie,, betul2 HEBATTT SIHHHH...baru ade semangat berpilihanraya..yela..memandangkan umur bella pun dah 21 tahun, kenela tau skit2 sal dunia politik nie..JGN OBSESS..CUME AMBIL BERAT JAA..
kalau obses, ade bahana len plak yang akan kita dapat..jdi bersederhanalah dalam membuat sesuatu perkara,,ya???.=)
\

(UPSI)



dalam pentas pemidato itu, kebanyakkan calon yang bertanding adalah daripada golongan muslimat dan muslimah sekalian..haaa..nah, siapa kata MEREKA INI gentar untuk berada di era kepimpinann???terbukti mereka bukan golongan yg gentar itu..waahh,,, saya begitu semangat semalam mendengar kata2 mereka..dan pasti mereka inilah yg layakkkk memimpin kita. apabila mendengar mereka ini berkata2, sungguh terharu, bella sendiri entah kenapa, begitu bersemangat dan seperti semangat jihad telah disuntikkan dalam diri ini..
okla...sekian..itu saja tuk hari ini..barakallah hu fik..
=)

Wednesday, February 16, 2011

aku merinduimu ya Rasulullah...

As salam sume..maaf lambat update blog ye kawan2 ku sekalian..bella bz skit..alhamdulillah, kebzian bella buat bella lupa apa yg patut dilupakan..skrang ngah bz jadi AJK tuk satu program yg akan berlangsung dikolej kediaman bella.satu program ilmu yang perlu dihayati bersama..penceramah yang datang sume gempak2,contohnya ustazah nurbahiyah, ustaz zulkarnain( penceramah astro oasis),akhil khai, rabbani, far east dan banyak lagi..weeeee..besshhh nye dpt uruskan program yang besar-besaran nie..dengan kerjasama kawan-kawan sekalian, harap program kita berjalan dengan lancar..
haa...tuk hari maulidur rasul, bella ucapkan selamat hari maulidur rasul kepada kawan-kawanku semua..jom kita baca skit kisah Rasullulah s.a.w di waktu2 akhirnya..mari ambil iktibar dan ingat kembali HERO kita yang sebenar benarnya..

 Detik Terakhir Muhammad Rasulullah
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa ituRasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w.tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: ”Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna.”
Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.”
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, “Ya Rasulullah s.a.w., kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah s.a.w.melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali ra. berkata, “YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat”.
Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara ‘Ukasyah ra. berkata kepadaRasulullah s.a.w., ‘Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda.” Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal ra., “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”
Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal ra. berkata: “Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau. “Kemudian Fathimah ra. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal ra.: “Wahai Fathimah, Rasulullah s.a.w.telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fathimah ra. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?” Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah s.w.t.telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, “Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.” Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.”
Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. SetelahRasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah ‘Ukasyah melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, “Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.” Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankanRasulullah s.a.w. di dalam syurga.”
Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t.mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku.”
Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, “Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun memberi salam, “Assalaarnualaika ya Rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fathimah ra., “Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumahRasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.”
Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra.; “Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?.” Maka Fathimah ra. pun berkata: “Kekacauan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.” Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail a.s., “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”
Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumahRasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam, “Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?” (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; “Wahai hamba AllahRasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.” Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra., “Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu.” Maka Fathimah ra. pun berkata, “Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya.” Kemudian Rasulullah s.a.w.berkata; “Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fathimah, “Tidak ayah.” “Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.” Kemudian Rasulullah s.a.w.pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w., “Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: “Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia.” Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w..


Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril a.s., “Ya aku tahu” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t” Berkata Jibril a.s., “Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.” Berkata Jibril a.s., “Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,“Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.”
Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku.” Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibrila.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?” Anas bin Malik ra. berkata: “Apabila ruh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda,“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.”
Ali ra. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.” Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahwa: “Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca salawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”