Sunday, February 27, 2011

zaujanku..dimana engkau...

As salam u allss sumee..
sihat???bella? bella sihat kut..huu
neway, bella ade nak borak sal ZAUJAN ku yg bella sendiri tak tau siapakah gerangannya..hanya Allah yg maha mengetahui siapakah gerangan pemuda itu..
bella mau share satu puisi tuk korang hayati sume..ok??
bacalah..

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi wanita solehah
pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar
bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok
berhati-hatilah meluruskannya
pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita
perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi lelaki soleh...amin...

satu lagi puisi yg membuatkan hati bella tersentuh..begitu dalam maksudnya..puisi ini bella copy dari blogger yang tidak dikenali..namun, puisinya menceritakan kisah benar hidupnya dan bella nak sgt kawan2 baca puisi indah yang dikarang sendiri oleh saudara blogger nie.renung2kan..=D




Pa
bella tunggu zaujanku yg tak tau siapakah org itu..
ok..cau..As salam..

p/s : rindu sgt2 kat balqisssssssssssss

Walaupun serba salah....
Tetapi saya tetap bertegas
untuk menghantar massege kepadanya....
Lalu button Telefon Sony Ericsson
Model Walkman W200i ditekan
------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum....

Buat Awak yang sentiasa dirahmati Allah...

Awak,bukan saya tidak mahu memandang wajah awak...
tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak ...
tp saya selalu tersenyum didalam hati ...
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari ...

Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak ...
tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti ...
saya tak perlu bertanyakanya ...
dan saya sentiasa merasainya..di hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak ...
tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya ...
tika mana saya dan awak 'bukan' lg 'Saya’ dan 'Awak'..
di hari2 yg pasti...
Bukan saya tidak mahu chatting dgn awak ...
tapi saya takut jari2 ini tidak diizinkan lagi ...
untuk membelai rambut awak,dihari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu mesej dgn awak ...
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti ...
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi ...
yg diidam2kan oleh semua insani...

Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak ...
tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lagi ...
memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak ...
Tapi saya bimbang senyuman ini pudar dan layu ...
Di hari2 yang pasti ...

Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah ...
Untuk hari jadi awak ...
Tp saya bimbang hadiah itu adalah terakhir ...
Dari saya untuk awak..tidak lagi
Dihari2 yang pasti...
Awak yakinlah,percayalah...
Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak,
Tetapi rindu tika ini tidak akan
Membawa kepada rindu saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai Awak ...
Tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga
Membawa kepada cinta saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...
Saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati ...
Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI..

Awak,Tunggulah sebentar hari2 yang pasti ...
Tika itu,andai saya jatuh,awak menghulurkan tangan
Untuk memberi saya harapan ....
Tika saya kesedihan awak bersedia ...
Untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,

Tika saya berseorangan awaklah teman ...
Tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan ...
Tika itu,saya dan awak..bukan lah 'saya’ dan ‘awak'lagi...
Kerana..ia adalah hari2 yang pasti ...
Berdoalah untuk hari2 yang pasti ...
Hari2 yang pasti bagi mereka yang ...
Menyandarkan harapan pada jalan kebenaran ...
Dan itulah jalan yang telah islam berikan ...

-Selamat Malam Awak-

Moga kita dipertemukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti...
Handset ditutup.....
Alhamdulillah,dapat jugak ku meluahkan
segala perasaanku melalui massege tadi,
Dengan pengorbanan yang kubuat,
Kuharap Allah akan menghadiahkank




Friday, February 25, 2011

tetibe saya nak g jalan2..teringat kat muka diaa..

As salam sumee..
apa habaq org kampung sumee,..???sihat kaa???awat cek speaking kedah niee..aduii...hehehe
okok.dah2..bellaa..cut it off..
malam nie bella ade test..kawan2 ku sekalian..doa2kan lah saya leh jawab nye exam nie..weeeee..
nie ngah release tension..tetibe teringat nak g jalan2..bile ingt nak g jalan2, teringat kat budak nie sorang..
namenye PUTERI AIFA YUSRA..haa.sape dak niee..jeng3...heee..nie junior bella..
fa, miss u laahh..neway.meh nak tunjuk siapakah gerangan puteri dari kayangan nie..




aifa yusra..mishie u..

time sambut bday aifa..
k nak study lakk..tata titi tuttt tutt..
As salam

Monday, February 21, 2011

Saya hanya pokok semalu itu..

As salam kawan2...
huu..apa erk entry bella tuk hari nie??? nak baca takkk??..huhu..okok2..rilek2..
skrang bella nak share something pasal tumbuh-tumbuhan yang Allah cipta tuk kita supaya kita jadikan ia teladan dalam kehidupan kita seharian.jomm kita  baca coretan yang ditulis oleh seorang hamba Allah ni (seorg kawan blogger) berkenaan pokok semalu dan bunga mawar..setelah membaca coretannya, bella rasa, bella nk jadi cam  pokok semalu la, bukan mawar berduri..kecantikkanku hanya yg terpilih sahaja  yg dpt melihatnya...kisah lama jadikan tauladan..kosong2..sume itu dah terpadam..Alhamdulillah, dah dapat semangat baru. nie dia bella yg baru sampai..huhu, bak kata kakakku, jual mahall..kalau boleh semahal mahalnya..takut tak kawin???haa, jgn kata camtu Allah telah menetapkan siapa jodoh, ajal maut kita....jika kita meletakkan sesuatu itu kerna Allah, maka Allah akan permudahkan urusan kita..huu..thank you Kak ngah..sbb selalu bimbing adikmu ini..syukur sgt2....dah, byk plak merapu..jom baca

di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu..
ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri... sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi,
dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya...amin..(^_^)



apa perbezaan tu?



Mawar
 ~ sebuah pohon bunga indah.. keindahannya menarik mata manusia.. juga makhluk lain yang dicipta-Nya.. begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya.. mawar punyai batang berduri.. sungguh sukar untuk menyentuhnya.. tetapi keindahannya lebih menarik hati.. maka berlumbalah orang memetik dirinya.. namun benda yang indah.. sudah pasti akan mengusik hati sendiri.. bahawa aku ini indah.. maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..








pohon semalu
 ~ sebuah pohon yang adanya batang dan daun.. tiada pun keindahan padanya menarik perhatian.. berada di celahan lalang dan daunan.. begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan.. namun perasankah kita, apabila menyentuhnya, dia akan terus menyembunyikan dirinya. begitu tinggi nilainya. hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya..






namun perasankah kita, pohon semalu ada keindahanya. kerana dia juga ada bunganya. namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..(^_^)


hayatilah sebaiknya..
dunia kini sudah berbeza. wanita yang indah semakin ramai. wanita sebegini memang mahal dirinya, sukar untuk didekati andai tiada cara..


apabila cara mengena diri, maka tunduklah wanita.itulah ia mawar berduri. walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..


tetapi... wanita solehah, adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya. tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai, menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui..


wanita solehah.. akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam, sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya. maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah..


wanita solehah.. apabila sudah memiliki suaminya, maka setialah ia kepada suaminya. disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya..


itulah pohon semalu. hanya kelihatan daun dan batang berduri, tiada satu pun indah untuk melihatnya. namun apabila tiba masanya, ia bisa mengeluarkan bunga yang selama ini disembunyikan. subhanallah..wallahua'lam..


dr pena hati irtihaly:
..::dalam hati ada taman, taman bunga semalu (^_^) mne nak cari?? bukan pada seorang gadis yg 'solehah'nya hanya pada kad pengenalan bernama SOLEHAH semata2, tp yg terukir terpahat pd aqidah, akhlaq & muamalahnya juga ada 'cop' SOLEHAH! mata yg bsuluh cahaya iman shj akan dapat detect 'hologram' tulen SOLEHAH itu::..



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...









Saturday, February 19, 2011

Sebagai pemanis bicara..

TAKBIRR...ALLAHHUAKHBAR!!!

TAKBIRR...ALLAHHUAKHBAR!!! TAKBIRR...ALLAHHUAKHBAR !!! TAKBIRR...ALLAHHUAKHBAR!!!
As salamm..
sihat sumenya..?
kenapa bella tetibe bertakbir di awal coretan ini??
jawapanya kerna kata2 tuh masih lagi ternyiang nyiang kat telinga nie..actually, semalam bella n kawan2  join satu perhimpunan tuk  mendengar pidato2 calon yg akan bertanding tuk pilihanraya kampas, eh kampas lak,,kampusa laa..(=P) yg akan berlangsung isnin nie ( 21 feb 2011)...itu pengalaman pertamaku melibatkan diri dalam gerakan politik kampus..dlu sem 2, tak rasa sgt bahangnya,,tapi sem nie,, betul2 HEBATTT SIHHHH...baru ade semangat berpilihanraya..yela..memandangkan umur bella pun dah 21 tahun, kenela tau skit2 sal dunia politik nie..JGN OBSESS..CUME AMBIL BERAT JAA..
kalau obses, ade bahana len plak yang akan kita dapat..jdi bersederhanalah dalam membuat sesuatu perkara,,ya???.=)
\

(UPSI)



dalam pentas pemidato itu, kebanyakkan calon yang bertanding adalah daripada golongan muslimat dan muslimah sekalian..haaa..nah, siapa kata MEREKA INI gentar untuk berada di era kepimpinann???terbukti mereka bukan golongan yg gentar itu..waahh,,, saya begitu semangat semalam mendengar kata2 mereka..dan pasti mereka inilah yg layakkkk memimpin kita. apabila mendengar mereka ini berkata2, sungguh terharu, bella sendiri entah kenapa, begitu bersemangat dan seperti semangat jihad telah disuntikkan dalam diri ini..
okla...sekian..itu saja tuk hari ini..barakallah hu fik..
=)

Wednesday, February 16, 2011

aku merinduimu ya Rasulullah...

As salam sume..maaf lambat update blog ye kawan2 ku sekalian..bella bz skit..alhamdulillah, kebzian bella buat bella lupa apa yg patut dilupakan..skrang ngah bz jadi AJK tuk satu program yg akan berlangsung dikolej kediaman bella.satu program ilmu yang perlu dihayati bersama..penceramah yang datang sume gempak2,contohnya ustazah nurbahiyah, ustaz zulkarnain( penceramah astro oasis),akhil khai, rabbani, far east dan banyak lagi..weeeee..besshhh nye dpt uruskan program yang besar-besaran nie..dengan kerjasama kawan-kawan sekalian, harap program kita berjalan dengan lancar..
haa...tuk hari maulidur rasul, bella ucapkan selamat hari maulidur rasul kepada kawan-kawanku semua..jom kita baca skit kisah Rasullulah s.a.w di waktu2 akhirnya..mari ambil iktibar dan ingat kembali HERO kita yang sebenar benarnya..

 Detik Terakhir Muhammad Rasulullah
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa ituRasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w.tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: ”Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna.”
Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.”
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, “Ya Rasulullah s.a.w., kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah s.a.w.melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali ra. berkata, “YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat”.
Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara ‘Ukasyah ra. berkata kepadaRasulullah s.a.w., ‘Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda.” Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal ra., “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”
Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal ra. berkata: “Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau. “Kemudian Fathimah ra. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal ra.: “Wahai Fathimah, Rasulullah s.a.w.telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fathimah ra. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?” Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah s.w.t.telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, “Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.” Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.”
Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. SetelahRasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah ‘Ukasyah melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, “Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.” Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankanRasulullah s.a.w. di dalam syurga.”
Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t.mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku.”
Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, “Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun memberi salam, “Assalaarnualaika ya Rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fathimah ra., “Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumahRasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.”
Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra.; “Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?.” Maka Fathimah ra. pun berkata: “Kekacauan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.” Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail a.s., “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”
Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumahRasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam, “Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?” (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; “Wahai hamba AllahRasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.” Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra., “Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu.” Maka Fathimah ra. pun berkata, “Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya.” Kemudian Rasulullah s.a.w.berkata; “Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fathimah, “Tidak ayah.” “Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.” Kemudian Rasulullah s.a.w.pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w., “Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: “Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia.” Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w..


Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril a.s., “Ya aku tahu” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t” Berkata Jibril a.s., “Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.” Berkata Jibril a.s., “Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,“Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.”
Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku.” Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibrila.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?” Anas bin Malik ra. berkata: “Apabila ruh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda,“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.”
Ali ra. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.” Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahwa: “Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca salawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”


Pasrah Segalanya - De Hearty



alhamdulillah, lagu ini memberi semangan kepada bella..
terima kasih ya Allah..apa yang terjadi biar Engkau dan juga diriku sahaja yang mengetahuinya.,.

from :



Monday, February 14, 2011

Muhasabah Cinta

menggigil..

As salam sume..
bella nak cite satu cite...(ce cite ce cite-dialog hantu kak limah balik umah)
di suatu petang..burung-burung berkicauan..ain tiup2...bella baru je bgn tdo..emosi tak stabill..sbb tu kuat tdo.huhu..bgn2, tgk jam kul 3.45..pastu, rasa macam..erm..macamm malasssss nak bgn..nak biar je..nak tdo. jee..boleh tak bella nak tdo, pastu takmo bukak mata da.takmo2...nak pejam gak mata..
tapi kalau pejam lama-lama, tu len plak jadinya..huu
skrng, entry kali ini, bella nak cite sal menggigil. ..apa itu menggigill???
kalau ikut biology, menggigil nie adalah suatu proses dimana badan kita nak dapatkan heat..heat tu haba k..yela,,bile sejuk2, bdan kita perlu conserve heat..sbb tu kte menggigill..
masalahnye skrng,, mcm mana kalau kita menggigil tanpa sebab?
kita jadi tak tentu hala..mcm cacing kepanasan kata org..duduk sini tak kene, duduk sana tak kene,,buat keje nie tak kene..bawak kreta pastu nyaris langgor org,
nak tau apakah yg terjadi pada kita apabila kita dalam keadaan yg sy senaraikan kat atas tu???
itu adalah tanda2 bahawa kita mempunyai masalah perasaan dan hati..
apabila kita mempunyai masalah ini, macam mana kita nak buat??
jawapan nye senang...
jawapannya BERWUDUK..actually, masalah perasaan dan hati ini, kadang2 banyak dipengaruhi oleh godaan syaitan..dia tgh pujuk kita buat sesuatu yang diluar jangkaan.jadi tuk atasinya, PERGILA BERWUDUK CIK KAK CIK AWANG SEKALIAN..
kadang2, kita akan menggigil apabila kita takut tuk menghadapi sesuatu perkara itu..makanya disini, tuk atasi masalah itu, pk la positive selalu..berlapang dadalaa..kalau bella, ditimpa masalah seperti ini, bella akan membuat sesuatu perkara supaya bella lupakan perkara yg terjd itu.contohnya bersukan..waaa..pegi jogging, men tennis, cycling ke..wah!...kesimpulannya, nk tgk bella dalam masalah ke tak, kalau kurusss jee, bella dlm pressure la tu, kalau gemuk2,chubby, makanya dalam mood bek la tu..kalau pk blik, kalau pressure sihat plak bella nie berbanding lam mood bek..kan??haha..
ermm,,.jam dah kul 429 petang..tibanya masa tuk bella berwuduk..nak dating ngn my sweetheart jap..huu..kla..salam sume..
semoga Allah memberkati kamu sekalian..ok..

 keluarga bahagia..
model= abg ji, kak ja dan adriana..kak ja malu2..=D
my oxygen..mama abah..i miss u..i need u right now..



Thursday, February 3, 2011

kuat ke hubungan itu?

As salam sume..lama tak update blog..bz skit ngn diri sendri..lama skit mengambil masa tuk sihat nie..huu.
btw..bella ade news baik punya..alhamdulillah..kakakku di mesir akan balik hari ini..sabtu nie sampai...begitu besar cubaan Allah kasi kat kak u..dia berjaya harunginya..Allahuakhbar!!!
OK,,berbalik pada tajuk kita tuh, bella nak tanya pada anda sume..soklan2 nie,,.sila jawab dalam hatii..(kalau nak jawab ikt mulut pun takpe,sbb bella takkan dgr gak jawapan kmu sekalian..hehe)

soalannya....

1) kuat ke hubungan suami isteri jika keluarganya tidak mempunyai hubungan yang baik????
2) kuat ke hubungan seorang kawan jika dia tidak jujur dalam berbicara???
3) kuat ke hubungan cinta itu jika ia penuh dengan hawa nafsu yg tidak halal???
4) kuat ke hubungan antara ibu bapa dan anak2 jika mereka hanya berbekal ilmu dunia tidak akhirat???

huu..persoalan yang bermain di fikiran bella sejak akhir2 nie..
bella perhati,..dan membuat refleksi pada diri sendiri...
 jika mereka dididik dengan agama yg secukup2nya..menghafal Al-Quran 30 juzud sekalipun, jika hubungan antara ibu bapa tidak dapat dijaga, tiada gunanya...dalam berbicara pula, biarla berniat jujur..jgn lari dari keadaan sebenar..luahkan apa yg patut..baru persahabatan berkat...dalam cinta, jgn sesekali membuat perkara yg dibenci Allah....jika tidak, kamu binasa wahai teman.jika cinta itu masih dalam proses kawan2,belum diungkapkan, maka jagalah ia..jgn membuat perkara yang bakal mengundang kegelisahan si pasangan..ye, diakuai bahawa kamu tidak mempunyai hak pada pasangan tersebut, oleh itu berserah la pada Allah..bella ske berserah pada  Allah...meletakkan cinta itu hanya pada Allah..baru idup happy,,tiada cemburu..kalau ada cemburu, terus ingt bahawa dia bukan hak kita, sebaliknya, hanya berserah pada Allah tuk menjaga cinta jika ia ada...anak2 dan juga ibu bapa pula, ingatla, bahawasanya ilmu akhirat dan dunia perlu seimbang dalam membentuk insan yang didambakan..yang boleh berjasa pada negara..seperti pejuang islam kita..Muhammad Al-Fateh..kesimpulannya, MANUSIA TIDAK PERNAH SEMPURNA...tidak ada yang sempurna..tidak..sbb yang sempurna  ialah ALLAH S.W.T...okla..nak study lak..doakan kejayaan bella k..=D