Thursday, April 28, 2011

Kerna Allah punya rencanaNya tersendiri...

as salam kepada semua yang sudi melawat blog bella...
alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan diberi peluang tuk menjalani kehidupan di dunia ini walaupun diberi sedikit ujian dan ditarik sedikit nikmat kesihatan..itu membuat kita perlu selalu  bersyukur dgn nikmat yg ada sebelum Allah menariknya...=)

setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita seharian adalah ketentuan dari Allah s.w.t..kita merancang yang terbaik tuk kita, namun Allah tidak menunaikan apa yang kita rancang sbb Allah tau mana yang terbaik tuk kita...kadang2 kita mahupun rama-rama, namun kita diberi ulat beluncas tanpa kita berfikir bahawa ulat beluncas itu kelak akan menjadi rama-rama juga...



 jalan yang kita pilih itu, merupakan jalan yang kita rasakan adalah yang terbaik untuk kita...dalam perjalanan menuju ke destinasi yang diinginkan itu, Allah menguji kita berbagai2 halangan supaya kita menjadi lebih kuat fizikal dan mental dan menjadikan kita mujahid atau mujahidin yang disegani...


wahai kaki, melangkahlah engkau ke jalan yang diberkati oleh Allah..wahai kaki, jgnlah engkau berjalan di jalan yang penuh dengan simpang, sedangkan jalan yang lurus sedang menanti, wahai kaki, jalanlah dikau dijalan yang kesemua mujahid atau mujahidin impikan..iaitu jalan yang kita mahukan..jalan menuju ke syurga Allah...

jadilah seperti rumput..tak mati dek pijak...walaupun dipijak2..namun, dia masih lagi kuat dan sempat pula  menyebarkan kemuncuknya kepada si pemijak...akhirnya, rumput len pula yg tumbuh dikawasan lain...meramaikan lagi ahlinya...meramaikan lagi jemaahnya..

wahai hati, wahai Pemilik hatiku, jgnla Engkau bolak balikkan hati2 kami ini..jadikan kami kuat dengan cubaan ini..syurga itu mahal..maka barang yang mahal,  banyaklah pengorbanannya..kuatkan pendirianku, Ya Rabbi...



No comments:

Post a Comment