As salam kawan2...
huu..apa erk entry bella tuk hari nie??? nak baca takkk??..huhu..okok2..rilek2..
skrang bella nak share something pasal tumbuh-tumbuhan yang Allah cipta tuk kita supaya kita jadikan ia teladan dalam kehidupan kita seharian.jomm kita baca coretan yang ditulis oleh seorang hamba Allah ni (seorg kawan blogger) berkenaan pokok semalu dan bunga mawar..setelah membaca coretannya, bella rasa, bella nk jadi cam pokok semalu la, bukan mawar berduri..kecantikkanku hanya yg terpilih sahaja yg dpt melihatnya...kisah lama jadikan tauladan..kosong2..sume itu dah terpadam..Alhamdulillah, dah dapat semangat baru. nie dia bella yg baru sampai..huhu, bak kata kakakku, jual mahall..kalau boleh semahal mahalnya..takut tak kawin???haa, jgn kata camtu Allah telah menetapkan siapa jodoh, ajal maut kita....jika kita meletakkan sesuatu itu kerna Allah, maka Allah akan permudahkan urusan kita..huu..thank you Kak ngah..sbb selalu bimbing adikmu ini..syukur sgt2....dah, byk plak merapu..jom baca
ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri... sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi,
dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya...amin..(^_^)
apa perbezaan tu?
Mawar ~ sebuah pohon bunga indah.. keindahannya menarik mata manusia.. juga makhluk lain yang dicipta-Nya.. begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya.. mawar punyai batang berduri.. sungguh sukar untuk menyentuhnya.. tetapi keindahannya lebih menarik hati.. maka berlumbalah orang memetik dirinya.. namun benda yang indah.. sudah pasti akan mengusik hati sendiri.. bahawa aku ini indah.. maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..
pohon semalu ~ sebuah pohon yang adanya batang dan daun.. tiada pun keindahan padanya menarik perhatian.. berada di celahan lalang dan daunan.. begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan.. namun perasankah kita, apabila menyentuhnya, dia akan terus menyembunyikan dirinya. begitu tinggi nilainya. hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya..
namun perasankah kita, pohon semalu ada keindahanya. kerana dia juga ada bunganya. namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..(^_^)
hayatilah sebaiknya..
dunia kini sudah berbeza. wanita yang indah semakin ramai. wanita sebegini memang mahal dirinya, sukar untuk didekati andai tiada cara..
apabila cara mengena diri, maka tunduklah wanita.itulah ia mawar berduri. walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..
tetapi... wanita solehah, adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya. tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai, menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui..
wanita solehah.. akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam, sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya. maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah..
wanita solehah.. apabila sudah memiliki suaminya, maka setialah ia kepada suaminya. disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya..
itulah pohon semalu. hanya kelihatan daun dan batang berduri, tiada satu pun indah untuk melihatnya. namun apabila tiba masanya, ia bisa mengeluarkan bunga yang selama ini disembunyikan. subhanallah..wallahua'lam..
dr pena hati irtihaly:
..::dalam hati ada taman, taman bunga semalu (^_^) mne nak cari?? bukan pada seorang gadis yg 'solehah'nya hanya pada kad pengenalan bernama SOLEHAH semata2, tp yg terukir terpahat pd aqidah, akhlaq & muamalahnya juga ada 'cop' SOLEHAH! mata yg bsuluh cahaya iman shj akan dapat detect 'hologram' tulen SOLEHAH itu::..
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...
No comments:
Post a Comment