Thursday, February 3, 2011

kuat ke hubungan itu?

As salam sume..lama tak update blog..bz skit ngn diri sendri..lama skit mengambil masa tuk sihat nie..huu.
btw..bella ade news baik punya..alhamdulillah..kakakku di mesir akan balik hari ini..sabtu nie sampai...begitu besar cubaan Allah kasi kat kak u..dia berjaya harunginya..Allahuakhbar!!!
OK,,berbalik pada tajuk kita tuh, bella nak tanya pada anda sume..soklan2 nie,,.sila jawab dalam hatii..(kalau nak jawab ikt mulut pun takpe,sbb bella takkan dgr gak jawapan kmu sekalian..hehe)

soalannya....

1) kuat ke hubungan suami isteri jika keluarganya tidak mempunyai hubungan yang baik????
2) kuat ke hubungan seorang kawan jika dia tidak jujur dalam berbicara???
3) kuat ke hubungan cinta itu jika ia penuh dengan hawa nafsu yg tidak halal???
4) kuat ke hubungan antara ibu bapa dan anak2 jika mereka hanya berbekal ilmu dunia tidak akhirat???

huu..persoalan yang bermain di fikiran bella sejak akhir2 nie..
bella perhati,..dan membuat refleksi pada diri sendiri...
 jika mereka dididik dengan agama yg secukup2nya..menghafal Al-Quran 30 juzud sekalipun, jika hubungan antara ibu bapa tidak dapat dijaga, tiada gunanya...dalam berbicara pula, biarla berniat jujur..jgn lari dari keadaan sebenar..luahkan apa yg patut..baru persahabatan berkat...dalam cinta, jgn sesekali membuat perkara yg dibenci Allah....jika tidak, kamu binasa wahai teman.jika cinta itu masih dalam proses kawan2,belum diungkapkan, maka jagalah ia..jgn membuat perkara yang bakal mengundang kegelisahan si pasangan..ye, diakuai bahawa kamu tidak mempunyai hak pada pasangan tersebut, oleh itu berserah la pada Allah..bella ske berserah pada  Allah...meletakkan cinta itu hanya pada Allah..baru idup happy,,tiada cemburu..kalau ada cemburu, terus ingt bahawa dia bukan hak kita, sebaliknya, hanya berserah pada Allah tuk menjaga cinta jika ia ada...anak2 dan juga ibu bapa pula, ingatla, bahawasanya ilmu akhirat dan dunia perlu seimbang dalam membentuk insan yang didambakan..yang boleh berjasa pada negara..seperti pejuang islam kita..Muhammad Al-Fateh..kesimpulannya, MANUSIA TIDAK PERNAH SEMPURNA...tidak ada yang sempurna..tidak..sbb yang sempurna  ialah ALLAH S.W.T...okla..nak study lak..doakan kejayaan bella k..=D







No comments:

Post a Comment