Sunday, February 27, 2011

zaujanku..dimana engkau...

As salam u allss sumee..
sihat???bella? bella sihat kut..huu
neway, bella ade nak borak sal ZAUJAN ku yg bella sendiri tak tau siapakah gerangannya..hanya Allah yg maha mengetahui siapakah gerangan pemuda itu..
bella mau share satu puisi tuk korang hayati sume..ok??
bacalah..

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi wanita solehah
pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar
bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok
berhati-hatilah meluruskannya
pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita
perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi lelaki soleh...amin...

satu lagi puisi yg membuatkan hati bella tersentuh..begitu dalam maksudnya..puisi ini bella copy dari blogger yang tidak dikenali..namun, puisinya menceritakan kisah benar hidupnya dan bella nak sgt kawan2 baca puisi indah yang dikarang sendiri oleh saudara blogger nie.renung2kan..=D




Pa
bella tunggu zaujanku yg tak tau siapakah org itu..
ok..cau..As salam..

p/s : rindu sgt2 kat balqisssssssssssss

Walaupun serba salah....
Tetapi saya tetap bertegas
untuk menghantar massege kepadanya....
Lalu button Telefon Sony Ericsson
Model Walkman W200i ditekan
------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum....

Buat Awak yang sentiasa dirahmati Allah...

Awak,bukan saya tidak mahu memandang wajah awak...
tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak ...
tp saya selalu tersenyum didalam hati ...
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari ...

Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak ...
tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti ...
saya tak perlu bertanyakanya ...
dan saya sentiasa merasainya..di hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak ...
tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya ...
tika mana saya dan awak 'bukan' lg 'Saya’ dan 'Awak'..
di hari2 yg pasti...
Bukan saya tidak mahu chatting dgn awak ...
tapi saya takut jari2 ini tidak diizinkan lagi ...
untuk membelai rambut awak,dihari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu mesej dgn awak ...
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti ...
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi ...
yg diidam2kan oleh semua insani...

Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak ...
tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lagi ...
memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak ...
Tapi saya bimbang senyuman ini pudar dan layu ...
Di hari2 yang pasti ...

Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah ...
Untuk hari jadi awak ...
Tp saya bimbang hadiah itu adalah terakhir ...
Dari saya untuk awak..tidak lagi
Dihari2 yang pasti...
Awak yakinlah,percayalah...
Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak,
Tetapi rindu tika ini tidak akan
Membawa kepada rindu saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai Awak ...
Tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga
Membawa kepada cinta saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...
Saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati ...
Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI..

Awak,Tunggulah sebentar hari2 yang pasti ...
Tika itu,andai saya jatuh,awak menghulurkan tangan
Untuk memberi saya harapan ....
Tika saya kesedihan awak bersedia ...
Untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,

Tika saya berseorangan awaklah teman ...
Tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan ...
Tika itu,saya dan awak..bukan lah 'saya’ dan ‘awak'lagi...
Kerana..ia adalah hari2 yang pasti ...
Berdoalah untuk hari2 yang pasti ...
Hari2 yang pasti bagi mereka yang ...
Menyandarkan harapan pada jalan kebenaran ...
Dan itulah jalan yang telah islam berikan ...

-Selamat Malam Awak-

Moga kita dipertemukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti...
Handset ditutup.....
Alhamdulillah,dapat jugak ku meluahkan
segala perasaanku melalui massege tadi,
Dengan pengorbanan yang kubuat,
Kuharap Allah akan menghadiahkank




No comments:

Post a Comment